Bakat Fynn Jamal

Keunikan yang ada pada Fynn Jamal ialah setiap kali beliau membuat persembahan secara langsung, beliau bukan sekadar menyanyi tetapi juga bercerita didalam setiap lagu yang disampaikan. Malah, beliau juga mengakui bahawa dia bukanlah seorang penyanyi tetapi adalah pencerita disebabkan lirik lagu-lagu beliau adalah daripada koleksi puisi yang ditulisnya sendiri sebelum diubah menjadi sebuah lagu untuk disampaikan kepada para peminatnya.[5][6]